CERAMAH PERDANA : Bersama Saudara Syamsul Debat

❤️Alhamdulillah, semalam telah berlangsung Ceramah Perdana bersama penceramah jemputan hebat, Saudara Syamsul Debat. Semoga intipati ilmu yang disampaikan memberi manfaat serta keberkatan buat kita semua.
❤️Pada masa yang sama, majlis pelancaran (soft launch) bagi kutipan dana Fasa 2 turut disempurnakan. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada seluruh jemaah yang bersama serta para penginfak budiman.
Sedikit tanda ingat, banyak tanda mampu—semoga Allah SWT sahaja yang membalas segala jasa baik dan melipatgandakan rezeki kalian semua.
❤️Ya Allah ya Tuhan kami, Engkau permudahkanlah setiap langkah dan urusan pembangunan Fasa 2 masjid ini.
Jadikanlah setiap usaha dan infak ini sebagai amal jariah yang berkekalan, demi keselesaan para jemaah dan kelangsungan rumah-Mu sebagai pusat kebaikan ummah.
Aamiin ya Rabbal ‘Alamin.
Jazakumullah khairon kasiro
Mohon disebarkan, semoga beroleh kebaikan. Sekian, terima kasih.
.
❤️ Hadirkan diri imarahkan Majlis Ilmu Taman-taman Syurga Allah.
“Mengimarahkan Masjid Adalah Tanggungjawab Kita Bersama”

🌸 Untuk makluman juga, pihak Masjid Bukit Rahman Putra amatlah berbesar hati menjemput MUSLIMIN DAN MUSLIMAT bagi menjayakan program ilmu ini. Semoga beroleh manfaat.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Scroll to Top