KEMUDAHAN MASJID BRP

  • DEWAN SOLAT UTAMA

    Dewan Solat Utama yang boleh memuatkan sehingga 3,000 jemaah lelaki dalam satu-satu masa. Selain digunakan untuk aktiviti solat berjemaah lima waktu, Dewan Solat Utama juga turut digunakan untuk aktiviti-aktiviti lain anjuran Masjid BRP mahupun agensi luar seperti Solat Sunat Hajat, Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Selamat, Tazkirah/kuliah agama, majlis pernikahan dan sebagainya.

  • DEWAN SOLAT WANITA

    Dewan Solat Wanita boleh memuatkan sehingga 200 jemaah wanita dalam satu-satu masa. Selain digunakan untuk aktiviti solat berjemaah lima waktu, Dewan Solat Wanita juga turut digunakan untuk aktiviti-aktiviti lain anjuran Masjid BRP mahupun agensi luar seperti Solat Sunat Hajat, Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Selamat, Tazkirah/kuliah agama dan sebagainya.

  • DEWAN SEBAGUNA

    Dewan Serbaguna boleh memuatkan sehingga 200 orang. Ia digunakan untuk jamuan makan bagi program/aktiviti anjuran di Masjid BRP. Ia disertakan dengan kemudahan penghawa dingin, kerusi dan meja makan.

  • BILIK KULIAH

    Bilik Kuliah boleh memuatkan sehingga 20-30 orang dalam satu-satu masa bagi setiap bilik. Ia digunakan untuk program-program pengajian Masjid BRP sepanjang tahun yang berjalan sama ada pada waktu siang ataupun malam setiap hari termasuk hujung minggu. Bilik Kuliah ini dilengkapi dengan kemudahan LCD dan P.A. System serta penghawa dingin.

Scroll to Top